1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN
Selepas setiap tempahan, Creative Muslim Studio akan
melakukan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan
hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. Creative
Muslim Studio tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan
atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat.
2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA
Creative Muslim Studio menggunakan pencetak digital dan
offset untuk menghasilkan semua produk keluaran Creative Muslim Studio.
Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat
ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir Creative Muslim Studio ialah
5%-10% daripada warna di sample cetakan. Warna melalui monitor atau skrin
computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang
berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam
menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai
julat "standard" cetakan iaitu +-5mm.
3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK
Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli,
anda boleh memaklumkan pihak Creative Muslim Studio dalam tempoh masa 3 hari
selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 7 hari
selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti
ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu
diserahkan sepenuhnya kepada Creative Muslim Studio. Pihak Creative Muslim
Studio berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal
dipulangkan sepenuhnya .
4. POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT
Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 50% atau bayaran
penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat
selepas bayaran dibuat. Penghantaran produk juga hanya akan dibuat selepas
pembayaran anda disahkan. Baki 50% bayaran boleh dibuat ketika pengambilan
produk atau sebelum penghantaran.
5. POLISI PENGHANTARAN
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk
kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Caj penghantaran kami untuk setiap
barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat). Kami akan memberi nombor
Tracking SKYNET/POS PARCEL kepada anda apabila kami membuat penghantaran
melalui email & sms. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan
sekitar 2-3 hari bekerja.
6. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT
Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum
dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan
dikenakan atas pembatalan tempahan :
a. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @
Caj RM20.00
b. Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan
tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 10% daripada nilai tempahan
c. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 20%
daripada nilai tempahan
d. Deposit penuh akan dipulangkan jika pembatalan ialah atas
sebab kegagalan Creative Muslim Studio memenuhi jangka waktu proses yang ditetapkan.
7. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL &
PEMBUATAN REKAAN KHAS
Semua produk Creative Muslim Studio ialah '100% Personalized
Product' yang mana semua rekabentuk asal Creative Muslim Studio boleh diubah
warna ,tema, pilihan font, penambahan foto dan penambahan elemen rekaan
daripada koleksi Creative Muslim Studio tanpa sebarang caj. Cetakan terus untuk
rekaan yang dibuat oleh pelanggan sendiri juga tidak akan dikenakan caj
tambahan. Caj tambahan Cuma akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk
produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan
asal Creative Muslim Studio. Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan
imej/grafik/visual/lakaran untuk pereka Creative Muslim Studio membuat rujukan.
Caj yang akan dikenakan ialah RM50.00.
8. POLISI 'RUSH ORDER'
Creative Muslim Studio mempunyai polisi 'Rush Order' untuk
membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan
produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui
'rush order' ini bergantung kepada kondisi pengeluaran dan beban semasa Creative
Muslim Studio. Pihak Creative Muslim Studio berhak untuk menolak permintaan
'Rush Order' daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi. 'Rush
Order' akan dikenakan caj berdasarkan caj semasa yang telah ditetapkan.
9. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA CREATIVE MUSLIM STUDIO
Semua harga jualan rasmi produk Creative Muslim Studio ialah
termasuk nilai pengiklanan jenama Creative Muslim Studio di produk tersebut. Cetakan
logo Creative Muslim Studio di bahagian produk buatan Creative Muslim Studio
adalah standard pengiklanan jenama Creative Muslim Studio. Pelanggan dibolehkan
untuk tidak membenarkan Creative Muslim Studio mengiklankan logo di produk
tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 20% daripada nilai keseluruhan
belian/tempahan produk.
Post a Comment Blogger Facebook